Wednesday, 2 November 2011

Haramkah Menyanyi??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


       Berkenaan dengan tajuk hari ini, adakah menyanyi itu haram?? Zaman sekarang ramai yang berpendapat sedemikian tetapi kenyataannya pada zaman Rasullullah selepas menyambut Hari Raya AidilAdha, orang Yaman dan orang Habsi menari-nari dan menyanyi-nyanyi dikawasan khemah Nabi Muhammad S.A.W. di Minna. 

       Menyanyi itu asalnya adalah harus. Daripada harus ia bertukar menjadi makruh, daripada makruh ia bertukar menjadi haram. Bagaimana ia boleh menjadi HARAM?? Terdapat 5 perkara yang harus dijaga agar menyanyi itu tidak menjadi haram.

       1. Lirik.
           Jika lirik lagu tersebut tidak elok seperti berunsurkan lucah, berunsurkan syirik dan sebagainya,
           maka nyanyian itu akan menjadi haram.

       2. Muzik.
           Lagu itu akan menjadi haram sekiranya ia diiringan dengan muzik yg menaikkan nafsu syahwat.

       3. Pembaziran.
           Jika ada berlaku pembaziran dalam pembikinan atau penyampaian dalam sesebuah lagu maka ia    
           menjadi haram.

       4. Cara Penyampaian Lagu.
           Jika seseorang penyanyi itu menyampaikan sesebuah lagu dengan cara yang tidak senonoh dan
           boleh menaikkan nafsu syahwat, maka hukumnya menjadi haram.                                       

       5. Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan.
           Sekiranya semasa menyanyi ada berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,
           maka, hukum menyanyi itu menjadi haram.


      
Wallahua'lam.

       

Alhamdulillah.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)


       Pertama sekali, ana bersyukur kepada Allah S.W.T., kerana telah mengurniakan petunjuk dan buah fikiran kepada ana(HambaNya yg lemah) untuk menyebarkan tarbiyyah Islamiah kpd muslimin muslimat. Ana terfikir adalah bagusnya jika kita umat Nabi Muhammad S.A.W. berdakwah kepada semua rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita di luar sana dengan cara berblogging.

       Memang ramai bloggers di luar sana, tapi boleh dibilang jumlahnya yg menggunakan blog sebagai salah satu initiatif untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Tetapi terdapat segelintir bloggers yg menggunakan blog sbagai salah satu jalan untuk berdakwah. Walaupun bilangan bloggers itu sedikit tetapi ana yakin usaha kita untuk menyebarkan ajaran Islam ini akan mendapat rahmat dan berkat daripada Allah S.W.T.

Wallahua'lam.